Pembaikan Motherboard
KepakaranKepakaran utama kami. Juruteknik berpengalaman 17 tahun membaiki kerosakan tahap cip, litar pintas dan masalah power.
Pakar laptop sejak 2009
Walk-in ke cawangan kami di Sungai Petani atau Arau, atau hantar laptop melalui Ninja Van dari seluruh Malaysia. Pantau setiap langkah pembaikan secara online.
RO-SP-202609-000128
Lenovo IdeaPad 5 · Tidak boleh hidup
Mudah dari awal hingga siap
Pilih walk-in percuma di cawangan atau hantar dari seluruh Malaysia. Kami maklumkan setiap langkah sebelum sebarang kerja berbayar dimulakan.
Langkah 1
Pilih walk-in percuma atau hantar melalui Ninja Van, kemudian isi maklumat laptop dan kerosakan.
Langkah 2
Bawa laptop ke cawangan pilihan atau bungkus dan serahkan kepada Ninja Van.
Langkah 3
Kami rekod keadaan laptop, ambil gambar dan periksa punca sebenar kerosakan.
Langkah 4
Semak diagnosis, pilihan alat ganti, harga dan jaminan sebelum anda membuat keputusan.
Langkah 5
Juruteknik membaiki laptop, berkongsi progress dan menjalankan ujian komponen akhir.
Langkah 6
Ambil di cawangan atau terima melalui kurier bersama invois, keputusan ujian dan jaminan.
Murah, Cepat dan Berkualiti
Murah
Kami kenal pasti punca sebenar supaya anda tak bayar untuk part yang masih elok.
Cepat
Untuk walk-in, penggantian bahagian dibuat di hadapan anda. Tunggu dan bawa pulang.
Berkualiti
Microscope, thermal camera dan soldering station untuk pembaikan tahap cip.
Terjamin
Setiap servis yang kami lakukan dilindungi jaminan, tertakluk kepada terma invois.
Produk & perkhidmatan
Satu tempat untuk semua masalah laptop — apa jua jenama. Kami terangkan masalah dengan bahasa mudah sebelum mula kerja.
Kepakaran utama kami. Juruteknik berpengalaman 17 tahun membaiki kerosakan tahap cip, litar pintas dan masalah power.
RAM, SSD, keyboard, skrin, bateri, kipas dan wireless adapter. Kami periksa dahulu supaya anda tak tukar part yang masih elok.
Tak perlu beli laptop baharu. Kami beri khidmat nasihat dan naik taraf laptop sedia ada supaya lebih laju.
Bersihkan debu, tukar thermal paste dan thermal pad, periksa sistem penyejukan dan kemas kini perisian. Disaran setahun sekali.
Peralatan makmal kami
Dilengkapi untuk pembaikan tahap komponen.
Servis digital · seluruh Malaysia
Tempah, bayar, hantar dan pantau pembaikan sepenuhnya secara online. Drop-off bungkusan di Ninja Point berdekatan, dan kami hantar semula selepas siap.
QT-202609-000311 · Versi 1
Sebut harga pembaikan
| Item | Gred | Jaminan | RM |
|---|---|---|---|
| Bateri ganti 45Wh | OEM | 6 bulan | ••• |
| Kabel LCD | Original | 6 bulan | ••• |
| Upah pemasangan | Servis | 1 tahun | ••• |
| Postage pulang | — | — | ••• |
Jumlah RM•••
Contoh paparan · harga sebenar hanya selepas butiran peranti lengkap
Isi maklumat laptop dan simptom kerosakan. Setiap laptop mendapat nombor rujukan sendiri.
RM50 diagnostic + RM10 postage masuk. Kurier ditempah sebaik bayaran disahkan.
Cetak label, bungkus mengikut panduan kami dan hantar ke Ninja Point berdekatan. Tracking dikemas kini secara automatik.
Kami rekod keadaan laptop bersama gambar, diagnosis punca sebenar dan hantar sebut harga untuk kelulusan anda.
Lihat status pembaikan, nota juruteknik dan keputusan ujian komponen terus dari halaman tracking.
Selesaikan bayaran akhir dan laptop dihantar semula ke alamat anda bersama nombor tracking.
Keadaan laptop dirakam dengan gambar semasa diterima dan sebelum dihantar pulang. Tiada pertikaian.
Setiap item disenaraikan dengan gred part (original, OEM, refurbished) dan tempoh jaminan. Anda yang putuskan.
Skrin, keyboard, bateri, Wi-Fi, port USB dan lain-lain diuji sebelum dan selepas pembaikan.
Harga sebelum anda hantar
Caj penghantaran kekal jelas. Untuk harga pembaikan, pilih model laptop dan jenis kerosakan supaya kami hanya tunjuk anggaran yang berkaitan dengan peranti anda.
01 · Bayar ketika tempah
RM60.00
RM50.00 diagnosis + RM10.00 penghantaran masuk.
02 · Selepas diagnosis
Luluskan harga bertulis
Upah, alat ganti, gred dan jaminan dipecahkan satu per satu. Anda boleh lulus atau tolak tanpa kerja dimulakan.
03 · Jika guna kurier
RM15.00
Caj penghantaran pulang. Dipaparkan dalam sebut harga sebelum anda membuat keputusan.
Anggaran khusus, bukan senarai umum
Dalam borang tempahan, pilih jenama, model dan simptom. Sistem akan memaparkan anggaran yang berkaitan sahaja sebelum anda membuat bayaran atau menghantar laptop.
Walk-in: pemeriksaan percuma · Kurier: RM60.00 sebelum hantar · Pembaikan: hanya selepas kelulusan
Tentang kami
Fix Your Laptop diasaskan pada 2009 oleh Encik Mohd Ashrof Bin Jusoh di Changlun, Kedah. Pada 2017, kami berpindah ke Arau, Perlis dan menjadi tumpuan pelajar institut pengajian berdekatan.
Pada 2024, Inovasis Sdn. Bhd. ditubuhkan bersama Encik Zulfadli Bin Md Desa dan Encik Muhammad Saiful Azwar Bin Talib, dan cawangan Sungai Petani dibuka di Bandar Laguna Merbok pada 1 Jun 2024.
2009
Changlun, Kedah
2017
Arau, Perlis
2024
Sungai Petani, Kedah
Misi
“Menyediakan perkhidmatan pembaikan laptop yang pantas, berpatutan, dan berkualiti tinggi. Kami komited untuk memastikan pelanggan kami dapat menjalankan aktiviti mereka tanpa gangguan dan menyelesaikan tugas dengan cekap dan efektif.”
Visi
“Menjadi syarikat pembaikan laptop terkemuka, diiktiraf atas kepakaran, inovasi, dan komitmen kami terhadap kecemerlangan.”
Mohd Ashrof Bin Jusoh
Trainer & Senior Technician
Zulfadli Bin Md Desa
Human Resource
Muhammad Saiful Azwar Bin Talib
Branch Manager & Marketing
Cawangan
44, Tingkat Bawah, Lorong BLM 1/2, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah
4B, Tingkat 1, Kompleks Tok Arau, 02600 Arau, Perlis
Anda bayar RM60 semasa tempahan, iaitu RM50 yuran diagnostic dan RM10 postage masuk. Kos pembaikan dinyatakan dalam sebut harga selepas diagnosis, bersama RM15.00 penghantaran pulang.
Pemeriksaan walk-in di cawangan adalah percuma dan tiada caj postage. Kos pembaikan hanya dikenakan selepas anda meluluskan sebut harga.
Anda boleh tolak sebut harga. Laptop akan dipulangkan tanpa pembaikan. Yuran diagnostic tidak dipulangkan kerana diagnosis telah dijalankan, dan RM15.00 penghantaran pulang dikenakan untuk tempahan kurier.
Tidak. Tiada kerja pembaikan berbayar dimulakan sebelum anda meluluskan sebut harga. Jika isu tambahan ditemui, kami akan minta kelulusan baharu.
Ya, sangat disarankan. Backup ialah tanggungjawab pelanggan kecuali servis backup dibeli. Jika pembaikan berisiko memadam data atau perlu reinstall, kami akan minta persetujuan anda dahulu.
Tidak wajib. Tanpa password, kami jalankan ujian yang tidak memerlukan login. Jika diberikan, password disimpan secara terlindung dan dipadam selepas kes selesai.
Servis yang kami lakukan dilindungi jaminan 1 tahun, tertakluk kepada terma pada invois. Jaminan bermula pada tarikh laptop diterima semula oleh anda.
Tempah hari ini. Kami uruskan selebihnya — dari drop-off hingga penghantaran pulang.
Laptop anda sudah siap dibaiki!
Ujian akhir lulus · Dihantar melalui Ninja Van · Jaminan — bermula
Tracking: NVMY0123456789